Khas untuk semua

Black & Decker automatic car polisher

Alat penggilap kereta dan seangkatan dengannya. Masih baru dan hanya digunakan 3 kali sahaja. Secara peribadi saya rasa menggilap kereta menggunakan tangan dan sponge lebih afdal dan ada ‘personal touch’ berbanding menggunakan mesin.

Black & Decker flashtool

Alat serbaguna lampu suluh Black & Decker. Masih baru dan tidak pernah digunakan.


Khas untuk sesiapa aje

Panasonic DVD player

DVD player

Panasonic DVD player. Masih berfungsi. remote control tak jumpa entah kat mana (tapi boleh beli kat kedai-kedai elektronik). Semua kabel cukup. Saya tukar sebab dulu manja sangat boleh main DVD 9 aje. sekarang mungkin dah O.K sebab DVD pun naiktaraf.

Sony voicerecorder

Sony voice recorder

Sony voice recorder analog. Boleh dikira masih baru dan hanya sekali digunakan didalam satu  mesyuarat tergempar yang entah apa-apa. masih baru dan berfungsi dengan baik. Batteri dan mikro-tape sila beli sendiri.

foot massage

automatic foot massager

Pengurut kaki automatik dengan fungsi FIR. Jarang-jarang guna dan sekarang langsung tak guna. Bagus untuk pakcik dan makcik yang selalu lenguh kaki. Terutama selepas  penat berjalan balik dari  megasale di  komplek membeli-belah.

slide projector

Hanimex 35mm slide projector

Projektor slaid 35mm analog untuk peminat peminat photografi. Masih berkeaadan dan berfungsi dengan baik dan ada unit kawalan jauh (ada kabel).


Khas untuk ibu-ibu

Assalamualaikum rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang  telah saya maklumkan di blog utama saya archive of time , entry pertama ini menyenaraikan barang-barang  yang tidak  lagi saya sekeluarga gunakan dan telah kehabisan idea memikirkan bagaimana untuk menggunakan barang-barang tersebut dengan lebih kreatif lagi. Justeru itu, jika ada rakan-rakan blogger yang berhajat bolehlah mendapatkan barang-barang tersebut dari saya. Saya dengan ikhlas ingin melupuskan barang-barang tersebut dan diharap ia boleh memberi munafaat kepada rakan-rakan semua.Jika berminat sila hubungi saya di email dan saya akan berikan alamat untuk di ambil barang-barang tersebut.

Kereta tolak boleh lipat Mclaren ( Stroller original dari England bukan China-mali ) sudah diambil.

  Kereta tolak boleh lipat (cherry) bukan dari England. Berkeadaan baik.

Tempat makan anak kecil